animasi-bergerak-selamat-datang-0215

Isnin, 28 September 2015

PENGENALAN

 
Assalamualaikum.. Kami pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dari Jabatan Awam bagi program DKA sesi Jun 2015. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Faiz,Amir,Atikah danIzzati. Tujuan kami mencipta "blog" ini adalah bagi melaksanakan tugas berkumpulan. Kami diberi tugas untuk mengulas serba sedikit mengenai pengasingan kuasa di malaysia. Anda boleh mendapatkan informasi dan pengetahuan daripada "posting" kami. Rajin - rajinkanlah membaca posting2 dari kami. Terima kasih :D

BADAN EKSEKUTIF

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
Teori Pengasingan Kuasa yang dikemukakan oleh ahli fikir Perancis,Montesquie.
v  BADAN EKSEKUTIF

Bahagian pelaksanaan undang-undang
v  BADAN PERUNDANGAN
Bahagian pengubalan dan lulus undang-undang
v  BADAN KEHAKIMAN
Bahagian penegak,pengadil,pentafsir undang-undang demi keadilan

Kuasa hanya boleh diberi kepada satu jenis kuasa sahaja iaitu Eksekutif umpamanya tidak boleh membuat undang-undang.Perlu dipisahkan dan tidak berhubung antara satu
sama lain.Untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan kezaliman.

TUJUAN DALAM PENGASINGAN KUASA
Ø  Elak wujud komplot badan pemerintahan dengan badan lain
Ø  Jamin kebebasan rakyat dan hindari bentuk kezaliman pihak pemerintah.
Ø  Tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan.
Ø  Sebagai pemeriksa dan pengimbang dalam sistem pemerintahan negara.


PERINGKAT PERSEKUTUAN

v  Perdana Menteri:
a.    Ketua kepada sesebuah parti  yang menang majoriti di dalam pilihanraya.
b.    Ahli Dewan Rakyat mendapat kuasa/kerusi majoriti di dalam Parlimen yang seterusnya membentuk sebuah Kerajaan.
c.    Bertanggungjawab penuh terhadap YDPA mengenai urusan pentadbiran negara.
d.    Mengetuai Kabinet di dalam memimpin Kerajaan dan menjalankan urusan pentadbiran negara.
e.    Membuat semua keputusan-keputusan penting yang membabitkan negara.
f.     Wakil rasmi bagi rakyat Malaysia dalam hubungan luar.


  JEMAAH MENTERI

Ø  Membuat dasar-dasar Kerajaan.
Ø  Memberi arahan bagi pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Ø  Bersetuju atau tidak bersetuju sesuatu undang-undang.
Ø  Menyelesaikan masalah negara.
Ø  Memberi keputusan-keputusan penting dalam sesuatu pekara Semua Menteri Kabinet adalah sama-sama bertanggungjawab terhadap Parlimen atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh Parlimen.
Ø  Segala perbincangan di dalam kabinet adalah rahsia dan tidak akan direkodkan.


  FUNGSI KABINET

v  Membuat dan mengubalkan dasar-dasar kerajaan Persekutuan.
v  Memberi arahan bagi pelaksanaan dasar.
v  Menentukan dasar-dasar negara.
v  Mengatasi masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat.


  AHLI-AHLI KABINET

v  Diterajui oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
v  Setiap menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama        
   bertanggungjawab terhadap semua keputusan kabinet.
v  Sebuah jawatan kuasa dibentuk oleh kabinet yang terdiri daripada menteri-menteri    
   berkaitan untuk mengkaji sesuatu pekara sebelum diputuskan oleh kabinet.
     a.Jawatankuasa Tetap[perjawatan dan pelaburan]
     b.Jawatankuasa Khas/sementara[mengkaji keselamatan jalan raya]
v  Menyuarat kabinet diadakan sekali seminggu iaitu pada setiap hari rabu secara        
    tertutup
v  Ketua Setiausaha Negara dibenarkan menghadiri mensyuarat tersebut  sebagai
   Ketua Setiausaha.


    KEMENTERIAN

 


v  Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran negara
v  Diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri dan Setiausha
    Parlimen
v  Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar, merancang dan menyelaraskan
    perlaksanaan program-program selaras dengan kehendak Kerajaan yang memerintah
v  Ketua Setiausha Negara (KSN) bertugas sebagai pentadbir utama dan penasihat
    kepada PM.
v  Seorang Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dilantik sebagai pentadbir utama dan
    penasihat kepada Menteri:

Penasihat kepada Menteri.
a.    Melaksanakan dan membantu menggubal dasar-dasar kementerian.
b.    Menjalankan segala arahan Menteri dengan bantuan kakitangan lain


   KEAHLIAN

v  MENTERI
Mengetuai kementerian.
v  TIMBALAN MENTERI
Membantu menteri.Ada kementerian yang mempunyai lebih dari seorang Timbalan Menteri seperti Kementerian Pendidikan.


    SETIAUSAHA PARLIMEN

v  Dilantik oleh Perdana Menteri dikalangan ahli parlimen.
v  Beliau bertanggungjawab menerangkan dasar-dasar kementerian &menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan di parlimen bagi pihak menteri.
 SETIAUSAHA POLITIK
Seorang setiausaha peribadi menteri.Akan dilantik oleh menteri sendiri.Bukan dikalangan Ahli Parlimen.


   KETUA SETIAUSAHA PENTADBIRAN

v  Seorang pegawai kerajaan
v  Bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Negara.
v  Menyelaraskan kegiatan jabatan dan badan-badan berkanun dengan kementerian.
v  Menjalankan dasar-dasar kementerian di peringkat Persekutuan,negeri dan daerah.
v  Penasihat pentadbiran utama menteri.


   FUNGSI KEMENTERIAN

v  Merancang dan mengubalkan dasar-dasar,mengawal serta menyelaras program-program yang terletak dibawah portfolio menteri.
v  Mengesan dan mengawal pelaksanaan program-program yang dijalankan oleh agensi-agensi pelaksanaan dibawah kawalannya.


   PENGAUDITAN

      Juru auidit negara akan memeriksa semua  akuan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
      Beliau kemudian akan membuat laporan di Parlimen.
Beliau juga akan membentangkan laporan kepada Yang Di Pertuan Agong.


    JABATAN

•   Merupakan agensi kerajaan yang terletak di bawah kementerian.
•   Merupakan agensi pelaksana dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
•   Jabtan kerajaan yang tadik aktif dalam ekonomi tetapi lebih kepada   
       penguatkuasa undang-undang dan dasar.
•   Perananya adalah melaksanakan pekara-pekara am yang terletak dibawah
        kementerian.
•   Ada yang mempunyai cawangan di setiap negeri.
•   Nama jawatan yang digunakan ialah pengarah,pegawai penguatkuasa.

§  Agensi kerajaan yang terletak dibawah Kementerian dan pelaksana
   dasar yang ditetapkan oleh kerajaan
§  Tidak aktif dalam ekonomi tapi lebih kepada penguatkuasa undang-undang
§  Sesetengan jabatan mempunyai cawangan di setiap negeri
§  Contoh-contoh jabatan :
Ø  Jabatan Penjara
Ø  Jabatan Pendaftaran Negara
Ø  Jabatan Imigresen
Ø  Kastam Diraja Malaysia
Ø  Jabatan Pengairan dan Saliran
Ø  Lembaga Hasil Dalam Negeri
Ø  Jabatan Pertanian
Ø  Jbatan Kebajikan Masyarakat


   PERBADANAN AWAM

      Fungsi-fungsi perbadanan awam.
      Melibatkan kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor swasta.
      Melibatkan kerajaan dalam sektor yang tidak mampu diceburi oleh sektor swasta kerana    modal yang tinggi atau pulang untung yang marginal.
      Membolehkan kerajaan menyediakan perkhimatan awam
      Menambah penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi.


    JENIS PERBADANAN AWAM

 Perbadan awam boleh dibahagi kepada dua iaitu BADAN BERKANUN dan BADAN TIDAK BERKANUN.Badan berkanun diwujudkan melalui Akta Parlimen atau Enakmen Negeri dan badan tidak berkanun didaftar dibawah Akta Syarikat dan kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti[hak menurut keadilan]


   SURUHANJAYA

CIRI-CIRI SURUHANJAYA
o   Bersifat adil dan berkecuali
o   Bebas dari pengaruh politik

TIDAK BOLEH MENJADI SURUHANJAYA
·         Anggota kesatuan kerja atau persatuan dan badan yang bergabung dengannya.
·         Mana-mana pihak berkuasa tempatan atau badan-badan
·         Mana-mana ahli majlis parlimen atau ahli dewan rakyat.
·         Mana-mana ahli majlis parlimen atau ahli dewan rakyat.

BADAN KEHAKIMAN

PENGENALAN

Ø   Undang-undang merangkumi setiap perkara yg dilakukan. Sistem perundangan malaysia melalui satu jangka masa yg panjang iaitu 600 tahun lamanya.

v British memperkenalkan sistem kerajaan berperlembagaan & common law

Ø   Amat penting mengetahui sistem perundangan & kehakiman Malaysia

Ø   Berbanding dengan kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan, kehakiman adalah satu-satunya kuasa yang diletakkan kesemuanya kepada persekutuan; kecuali hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri; khususnya Mahkamah-Mahkamah Syariah. Sebab itu kehakiman dalam konteks perlembagaan bolehlah dikatakan sebagai merujuk kepada mahkamah-mahkamah sivil.

Ø   Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting. Pada asasnya,akan dapat membantu seseorang mengetahui hak dan obligasi masing-masing dalam sesebuah negara. 



APA ITU KEHAKIMAN

Ø   D. Robertson (1993): kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim ( body of judges) dalam satu perlembagaan.
Ø   Kuasa dan peranan kehakiman berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain. Yang penting ialah para hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada mereka.
Ø   Kuasa perundangan ditetapkan melalui perkara 44
v Parlimen menggubal undang2 persekutuan & Dewan Undangan Negeri menggubal undang2 di peringkat negeri berdasarkan senarai persekutuan, negeri & bersama


PUNCA UNDANG-UNDANG

a.   Undang-undang Bertulis iaitu Perlembagaan serta Perundangan Persekutuan dan negeri 
b.   Keputusan-keputusan Mahkamah
c.   Undang-undang Inggeris
d.   Undang-undang Islam
e.   Undang-undang adat


KUASA KEHAKIMAN/ FUNGSI 

KEHAKIMAN


      Mentadbir dan menguruskan keadilan secara saksama.
      Mengesahkan undang-undang dan membetulkan undang-undang yang bercanggah  dengan perlembagaan
      Mentafsir undang-undang dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan.
      Membuat pengadilan
      Memelihara hak-hak kewargenegaraan

     PERLANTIKAN HAKIM


      YDPA mengetuai badan kehakiman.
      Ketua badan kehakiman ialah Ketua Hakim Mahkamah Agung yang juga  merangkap Ketua Hakim Negara
      Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dengan persetujuan Majlis Raja-raja
      Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana DUN Negeri dan Parlimen
      Saraan Hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan melalui kumpulan wang yang disatukan


SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI HAKIM

      Warganegara Malaysia
      Mempunyai pengalaman sebagai peguam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi selama 10 tahun atau merupakan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
      Memegang jawatan bergaji sehingga berusia 65 tahun jika di perkenankan YDPA
      Persaraan dipertanggungjawabkan kepada kumpulan wang yang disatukan


           PEMECATAN KEHAKIMAN

      Melalui dua kaedah:

1.   Meletakkan jawatan.
2.   Dilucutkan- YDPA perlu mendapatkan syor-syor dari Tribunal (Terdiri daripada Bekas Hakim Malaysia atau dari Negara-negara Komanwel).
Antara sebab dipecat:
      Hakim disahkan oleh pakar perubatan mengalami masalah kesihatan yang kronik yang menjejaskan fizikal,
 mental dan jiwa yang boleh menggangu perjalanan Mahkamah.
      Hakim di dapati tidak berkelakuan baik yang boleh mecemarkan kewibawaan Badan Kehakiman.
      Hakim di dapati dengan sengaja atau di buktikan telah melanggar Kod Etika Hakim 1994.

 
RAJAH DI ATAS MENERANGKAN KATEGORI-KATEGORI YANG DI BAHAGI MENGIKUT KUMPULAN MAHKAMAH MASING-MASING

Mahkamah terbahagi dua iaitu :-
  • Mahkmah persekutuan 
  • Mahkamah negeri


PEGUAM NEGARA

         Perlembagaan Malaysia (Perkara 145): Telah memperuntukkan bagi YDPA, Jemaah Menteri dan Menteri seorang penasihat undang-undang bergelar Peguam Negara (Attroney General).
        Ini bagi memastikan pentadbiran negara dijalankan mengikut undang-undang dan tidak mendatangkan sebarang mudarat.
         Peguam Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dan dia mestilah:
      seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Agung.
      Seorang warganegara Malaysia
          Mempunyai pengalaman sebagai seorang Peguam selama 10 tahun sebelum perlantikannya 
          Peguam Negara memegang jawatan selama mana ia diperkenankan oleh YDPA dan jawatan ini juga memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat dan melucutkan jawatannya jika perlu. Seandainya dia dilucutkan jawatannya oleh YDPA, perkara itu tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.


FUNGSI PEGUAM NEGARA:

      Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dan Syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
      Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
      Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
      Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
      Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
      Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang. 



Ahad, 27 September 2015

PENGAJARAN

PENGAJARAN


v Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.

v Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.

v Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegar adalah dilindungi di bawah undang-undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal.

v Sistem pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukkan tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.


v Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktirafkan kedaulatan rakyatnya melalui sistem pilihanraya.

Khamis, 17 September 2015

KESIMPULAN



KESIMPULAN

Di Malaysia,sistem politik yang berasakan pengasingan kuasa Eksekutif,Legislatif,Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan.Biarpun terdapat pertindihan kuasa di beberapa keadaan,namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan,malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada.Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan dengan kerja sama Kerajaan Negeri,telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.

RUJUKAN



RUJUKAN


  

  - Goay Teck Chong,Wong Yew Hong,Suraini Basir(2006).Teks Pra-U 
STPM Pengajian  Am Kertas 1.

   -Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia (Noor Aziah Mohd Awal)International Law Book Services.

  -Perlembagaan Persekutuan-MDC Publishers

  -Pengajian Malaysia Edisi Kelima,Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin-
   OXFORD FAJAR

SOALAN

SOALAN

1. Antara organisasi berikut,yang manakah merupakan organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?
a.YDPA
b.Kabinet
c.Perdana Menteri
d.Majlis Tertinggi Negara

2. Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar:
a.Kementerian
b.Kabinet
c.Suruhanjaya
d.Majlis Raja-raja

3. Teori pengasingan kuasa (eksekutif,legislatif,kehakiman)dalam sistem pentadbiran Malaysia dikemukakan oleh
a.W.R Roff
b.Montesqiue
c.Lord Cobold
d.Lord Landsdowne

4. Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh
a.YDPA
b.Perdana Menteri
c.Timbalan Menteri
d.Menteri

5. Badan Kehakiman berkuasa dalam
a.Mentafsir dan menguatkuasakan perlembagaan
b.Menjatuhkan hukuman bagi pesalah-pesalah
c.Menjalankan dasar-dasar kerajaan
d.Menguatkuasa undang-undang negara