animasi-bergerak-selamat-datang-0215

Isnin, 28 September 2015

BADAN KEHAKIMAN

PENGENALAN

Ø   Undang-undang merangkumi setiap perkara yg dilakukan. Sistem perundangan malaysia melalui satu jangka masa yg panjang iaitu 600 tahun lamanya.

v British memperkenalkan sistem kerajaan berperlembagaan & common law

Ø   Amat penting mengetahui sistem perundangan & kehakiman Malaysia

Ø   Berbanding dengan kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan, kehakiman adalah satu-satunya kuasa yang diletakkan kesemuanya kepada persekutuan; kecuali hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri; khususnya Mahkamah-Mahkamah Syariah. Sebab itu kehakiman dalam konteks perlembagaan bolehlah dikatakan sebagai merujuk kepada mahkamah-mahkamah sivil.

Ø   Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting. Pada asasnya,akan dapat membantu seseorang mengetahui hak dan obligasi masing-masing dalam sesebuah negara. 



APA ITU KEHAKIMAN

Ø   D. Robertson (1993): kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim ( body of judges) dalam satu perlembagaan.
Ø   Kuasa dan peranan kehakiman berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain. Yang penting ialah para hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada mereka.
Ø   Kuasa perundangan ditetapkan melalui perkara 44
v Parlimen menggubal undang2 persekutuan & Dewan Undangan Negeri menggubal undang2 di peringkat negeri berdasarkan senarai persekutuan, negeri & bersama


PUNCA UNDANG-UNDANG

a.   Undang-undang Bertulis iaitu Perlembagaan serta Perundangan Persekutuan dan negeri 
b.   Keputusan-keputusan Mahkamah
c.   Undang-undang Inggeris
d.   Undang-undang Islam
e.   Undang-undang adat


KUASA KEHAKIMAN/ FUNGSI 

KEHAKIMAN


      Mentadbir dan menguruskan keadilan secara saksama.
      Mengesahkan undang-undang dan membetulkan undang-undang yang bercanggah  dengan perlembagaan
      Mentafsir undang-undang dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan.
      Membuat pengadilan
      Memelihara hak-hak kewargenegaraan

     PERLANTIKAN HAKIM


      YDPA mengetuai badan kehakiman.
      Ketua badan kehakiman ialah Ketua Hakim Mahkamah Agung yang juga  merangkap Ketua Hakim Negara
      Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dengan persetujuan Majlis Raja-raja
      Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana DUN Negeri dan Parlimen
      Saraan Hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan melalui kumpulan wang yang disatukan


SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI HAKIM

      Warganegara Malaysia
      Mempunyai pengalaman sebagai peguam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi selama 10 tahun atau merupakan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
      Memegang jawatan bergaji sehingga berusia 65 tahun jika di perkenankan YDPA
      Persaraan dipertanggungjawabkan kepada kumpulan wang yang disatukan


           PEMECATAN KEHAKIMAN

      Melalui dua kaedah:

1.   Meletakkan jawatan.
2.   Dilucutkan- YDPA perlu mendapatkan syor-syor dari Tribunal (Terdiri daripada Bekas Hakim Malaysia atau dari Negara-negara Komanwel).
Antara sebab dipecat:
      Hakim disahkan oleh pakar perubatan mengalami masalah kesihatan yang kronik yang menjejaskan fizikal,
 mental dan jiwa yang boleh menggangu perjalanan Mahkamah.
      Hakim di dapati tidak berkelakuan baik yang boleh mecemarkan kewibawaan Badan Kehakiman.
      Hakim di dapati dengan sengaja atau di buktikan telah melanggar Kod Etika Hakim 1994.

 
RAJAH DI ATAS MENERANGKAN KATEGORI-KATEGORI YANG DI BAHAGI MENGIKUT KUMPULAN MAHKAMAH MASING-MASING

Mahkamah terbahagi dua iaitu :-
  • Mahkmah persekutuan 
  • Mahkamah negeri


PEGUAM NEGARA

         Perlembagaan Malaysia (Perkara 145): Telah memperuntukkan bagi YDPA, Jemaah Menteri dan Menteri seorang penasihat undang-undang bergelar Peguam Negara (Attroney General).
        Ini bagi memastikan pentadbiran negara dijalankan mengikut undang-undang dan tidak mendatangkan sebarang mudarat.
         Peguam Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dan dia mestilah:
      seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Agung.
      Seorang warganegara Malaysia
          Mempunyai pengalaman sebagai seorang Peguam selama 10 tahun sebelum perlantikannya 
          Peguam Negara memegang jawatan selama mana ia diperkenankan oleh YDPA dan jawatan ini juga memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat dan melucutkan jawatannya jika perlu. Seandainya dia dilucutkan jawatannya oleh YDPA, perkara itu tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.


FUNGSI PEGUAM NEGARA:

      Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dan Syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
      Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
      Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
      Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
      Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
      Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan